Johor, 01 Februari 2024- Pihak Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) telah menerima jemputan oleh pihak Kementerian Pembangunan Wanita Negeri Johor untuk menghadiri Mesyuarat Perjumpaan Bersama Badan Bukan Kerajaan (Ngo) Wanita Di Negeri Johor yang bertempat di Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor.
Wakil pihak MTPN, Puan Saimah Saimin selaku Exco Pembangunan Wanita MTPN dan bersama wakil-wakil daripada pelbagai pertubuhan wanita di Negeri Johor yang lain turut hadir bagi sama -sama menyokong objektif mesyuarat ini agar dapat memperkukuhkan lagi kerjasama dan komitmen untuk menjurus ke arah pembangunan komuniti yang lestari.
Mesyuarat ini di ketuai oleh Puan Enny Suhailis Binti Suleiman selaku pengerusi mesyuarat yang membincangkan pelbagai perkara berkaitan usahasama strategik dan perancangan aktiviti dan program yang berkaitan yang akan dijalankan bersama pihak NGO yang lain sepanjang tahun 2024 ini.
Harapan kami dengan wujudnya usahasama yang semakin erat antara pihak MTPN dan PPWNJ, peranan dan kedudukan wanita dalam masyarakat dapat diperkasakan melalui program-program pembangunan diri, di samping mendorong usaha-usaha untuk meningkatkan taraf ekonomi wanita melalui latihan dan peluang pekerjaan.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Kementerian Pembangunan Wanita Negeri Johor dan juga kepada semua peserta yang telah menyumbangkan idea dan tenaga dalam mesyuarat ini. Bersama kita menjunjung cita-cita pembangunan dan kemajuan para wanita serta terus berganding bahu mencipta komuniti yang lebih mampan!
#MajlisTindakanPenggunaNegara #JPW #mesyuaratwanita #ngowanitajohor #usahasamastrategik #pembangunankomuniti #kesetaraangender #hiduplestari











