Johor, 20 November 2024 – Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) telah menerima jemputan untuk menyertai Program Latihan Dan Bimbingan Skuad Waja (Edisi Elimination Of Violence Against Women – EVAW) daripada pihak Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor (PPWNJ) sempena Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita yang akan disambut pada 25 November pada setiap tahun. Puan Saimah Saimin, Exco Pembangunan Wanita MTPN turut menyertai program ini selaku wakil rasmi pihak MTPN demi sama – sama menyokong usaha pihak Kementerian dalam menjayakan kempen ini.
Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor (PPWNJ) komited dalam melaksanakan beberapa kempen dan program sepanjang bulan November bagi melindungi dan meningkatkan kesedaran masyarakat dan mengambil tindakan dalam menghentikan sebarang bentuk keganasan terhadap wanita.
Terima kasih diucapkan kepada Pengarah PPWNJ, Puan Izlin Binti Idris atas kesudian puan dan pihak PPWNJ kerena menjemput dan memberi peluang kepada kami untuk menambahkan lagi ilmu dan kesedaran dalam konteks Keganasan terhadap wanita agar kami dapat mempersiapkan diri dengan sebarang kemungkinan yang mungkin dihadapi. Semoga program – program seperti ini dapat dipelbagaikan dan diteruskan pada tahun – tahun seterusnya.
Turut hadir bersama ke program ini Timbalan Setiausaha Agung MTPN, Puan Aina Hayati dan Exco Kebajikan MTPN, Puan Karen Wong.
#MajlisTindakanPenggunaNegara #jabatanpembangunanwanita#ppwnj #kempenwanita #hentikankeganasanwanita #wanitadijulangnegaraterbilang




