SAMBUTAN HARI WANITA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2024

SAMBUTAN HARI WANITA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2024

Johor, 3 Mac 2024 – Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) amat berbesar hati menerima jemputan daripada pihak Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Johor untuk bersama – sama meraikan 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒 yang di adakan di Dewan Mutiara Johor Land.

Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Puan Hajah Khairin-Nisa binti Ismail @ Md On, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor telah mendapat sokongan yang amat menggalakkan daripada pelbagai agensi dan persatuan wanita yang hadir.

Antara slot program yang menarik dalam program kali ini adalah :

Slot motivasi oleh YBhg Dr. Robiah K. Hamzah – “Pemegang Kunci Bahagia: Sederhana Juga Mampu Bahagia”

Slot Bual Bicara: “Wanita Dijulang, Negara Gemilang”

Sesi 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐬𝐩𝐢𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐬𝐨𝐧𝐚 𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒 telah diserahkan kepada Puan Nordianis Permin, Pengasaas Adin Marketing Group Sdn Bhd.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur dan semoga program seperti ini dapat diteruskan pada tahun – tahun akan datang agar ianya dapat memberi inspirasi, memotivasi, dan meraikan kejayaan wanita-wanita gemilang di Negeri Johor!

#MajlisTindakanPenggunaNegara #KementerianPembangunanWanita #hariwanita2024 #empowerwomen #johorgemilang